galeri buku islam merupakan syarikat bumiputera yang menawarkan perkhidmatan yang berasaskan buku-buku islam,Antara produk yang menjadi keutamaan kami ialah buku sifat solat nabi yang sahih, buku iqra 1-6, al-quran, kamus j-qaf, penterjemahan bahasa arab-melayu-arab-english dan sebagainya.
Wednesday, November 3, 2010
SIFAT SOLAT NABI YANG SAHIH
Pengenalan Buku
Dalam keghairahan kita mencontohi Rasulullah SAW, timbul pelbagai fahaman dan ajaran. Kemunculan fahaman yang beragam berkaitan Ciri-ciri Solat Nabi SAW ini sedikit sebanyak membingungkan umat Islam. Hasilnya, berlaku kekeliruan dan perpecahan. Sebenarnya semua ini berlaku disebabkan kegagalan sesetengah kita menguasai metodologi penentusahan dalil dan riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW.
Justeru, buku ini tampil memperjelaskan Ciri-ciri Solat Nabi SAW yang sahih secara lengkap. Kupasan dalil-dalil permasalahan solat dibuat begitu terperinci dan dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami. Disamping berpaksikan hujah dengan dalil-dalil yang sahih dan pandangan ulamak muktabar, penulis juga memberikan beberapa ulasan terhadap hadis-hadis yang lemah dan menolak beberapa pandangan kontroversi yang diutarakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan pandangan terkuat para ulamak dan pakar hadis. Al-hamdulillah dengan izin Allah SWT buku ini diterbitkan sebagai sebuah buku yang istimewa dalam bidang dan kelasnya dalam memberi pencerahan kepada masyarakat. Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.
Sifat Solat Nabi Yang Sahih karangan Syeikh Hassan al-Saqqaf, terjemahan Us Zamihan al-Ghari, semakan Dato Hj Saleh Ahmad, Dr Uthman El Muhammady, 354 hlm,harga RM35 termasuk pos, . Berminat masukkan akaun CIMB : 05060172495528 dan berikan alamat utk kurier. Beli banyak dpat diskaun.QASEH - 014-6603441.Jazakumullah khayran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment