Thursday, November 4, 2010

Iqra 1-6

BUKU IQRA 1-6 SATU JILID MURAH

Kaedah Iqra' atau cara cepat belajar al-Quran Rasm Uthmani juga adalah berasal dari Indonesia iaitu mula diperkenalkan pada tahun 1984 di sebuah Taman Kanak-Kanak Al-Quran di Kota Gedo, Jogjakarta. Pengasas kaedah ini ialah Haji As'ad Humam yang telah menyusun enam jilid buku Iqra. Buku-buku Iqra? sepertimana juga buku Qiraati disusun untuk memudahkan
pengajaran dan pembelajaran al-Quran dari peringkat pengenalan huruf Hijaiyyah hinggalah menguasai tilawah al-Quran dengan baik dan mengikut hukum tajwid. Kaedah ini mengutamakan bimbingan dan latih tubi. Oleh kerana itulah setiap orang guru hanya akan membimbing lima atau enam orang murid sahaja bagi satu sesi pengajaran yang mengambil masa selama
enam puluh minit. Kaedah Iqra' telah diterima dan digunakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1994 bagi pengajaran dan pembelajaran al-Quran di sekolah
.

harga pasaran satu set sebuah buku RM15.00. untuk pembelian borong harga RM7.50 sahaja.
Berminat masukkan akaun CIMB : 05060172495528 dan berikan alamat utk kurier. Beli banyak dpat diskaun.QASEH - 014-6603441.Jazakumullah khayran.

Wednesday, November 3, 2010

SIFAT SOLAT NABI YANG SAHIH


Pengenalan Buku

Dalam keghairahan kita mencontohi Rasulullah SAW, timbul pelbagai fahaman dan ajaran. Kemunculan fahaman yang beragam berkaitan Ciri-ciri Solat Nabi SAW ini sedikit sebanyak membingungkan umat Islam. Hasilnya, berlaku kekeliruan dan perpecahan. Sebenarnya semua ini berlaku disebabkan kegagalan sesetengah kita menguasai metodologi penentusahan dalil dan riwayat yang disandarkan kepada Nabi SAW.

Justeru, buku ini tampil memperjelaskan Ciri-ciri Solat Nabi SAW yang sahih secara lengkap. Kupasan dalil-dalil permasalahan solat dibuat begitu terperinci dan dipersembahkan dengan bahasa yang mudah difahami. Disamping berpaksikan hujah dengan dalil-dalil yang sahih dan pandangan ulamak muktabar, penulis juga memberikan beberapa ulasan terhadap hadis-hadis yang lemah dan menolak beberapa pandangan kontroversi yang diutarakan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab berdasarkan pandangan terkuat para ulamak dan pakar hadis. Al-hamdulillah dengan izin Allah SWT buku ini diterbitkan sebagai sebuah buku yang istimewa dalam bidang dan kelasnya dalam memberi pencerahan kepada masyarakat. Hanya kepada Allah kita berserah dan memohon pertolongan.


Sifat Solat Nabi Yang Sahih karangan Syeikh Hassan al-Saqqaf, terjemahan Us Zamihan al-Ghari, semakan Dato Hj Saleh Ahmad, Dr Uthman El Muhammady, 354 hlm,harga RM35 termasuk pos, . Berminat masukkan akaun CIMB : 05060172495528 dan berikan alamat utk kurier. Beli banyak dpat diskaun.QASEH - 014-6603441.Jazakumullah khayran.